Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 21, 2017

[BERA] 'NAK BALIK RAYA, ISI BORANG DULU'


'Nak balik raya, isi borang dulu'


Orang ramai yang bercuti dan mahu pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan Aidilfitri ini disarankan mengisi Borang Balik Kampung di balai polis berdekatan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, maklumat dari borang itu boleh membantu pihak polis meningkatkan rondaan di kawasan terbabit.

“Jangan abai isi Borang Balik Kampung. Sebelum balik kampung, datang ke balai polis berdekatan, isi borang. tak sampai pun lima minit. Nak balik raya, isi borang dulu.

“Bila rondaan digandakan, kita percaya, kadar jenayah seperti kes pecah rumah boleh dikurangkan. Sekali gus, beri peluang kepada orang ramai pulang beraya dalam keadaan senang hati.

“Walaupun kempen isi Borang Balik Kampung ini sudah dilaksanakan beberapa tahun lalu. Orang ramai yang suka ambil sikap sambil lewa menyebabkan peratusan borang yang dipulangkan masih rendah,” katanya selepas Majlis Pelancaran Op Selamat Daerah Bera, di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Bera, kelmarin.

Mansor berkata, meskipun tidak ramai yang memulangkan atau menyerahkan borang itu di balai polis berdekatan, pihaknya masih tetap melakukan rondaan berkala mengikut jadual.

Namun katanya, rondaan lebih kerap dapat dilakukan di kawasan terbabit sekiranya mereka mempunyai lebih banyak maklumat tepat daripada orang ramai sendiri.

Katanya, selain perlu mengisi borang itu, oarang ramai turut dinasihatkan untuk memastikan harta benda yang ditinggalkan dalam keadaan selamat termasuk mengunci rumah dan kenderaan selain meninggalkan pesan kepada jiran yang tidak pulang ke kampung halaman.

“Jangan sesekali tinggalkan tangga di luar rumah kerana ia beri ruang dan peluang kepada penjenayah untuk pecah masuk,” katanya.


0 comments:

share2