Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 2, 2017

ASPEK KESELAMATAN PELAJAR HARUS DIJAGA - TPM


Image result for zahid hamidi


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemilik maahad tahfiz sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya sekali gus mengelak kemalangan maut membabitkan jumlah yang ramai.

Timbalan Perdana Menteri turut sedih dengan kejadian nahas membabitkan tujuh pelajar tahfiz di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, Kuala Krai, Kelantan, pagi tadi.

Mengulas kejadian itu, beliau mahu ia menjadi iktibar kepada semua pihak terutama bagi menjaga kebajikan serta keselamatan pelajar dengan meningatkan mereka mengikuti peraturan ditetapkan.

"Saya mengingatkan diri saya dan mudhir (pengurusan mahaad tahfiz) bahawa nyawa anak-anak bukan taruhan untuk menyumbat mereka dalam sebuah van melebihi muatan...bukan pertama kali ini berlaku, saya fikir elok kalau kita ikut peraturan serta undang-undang muatan sedia ada.

"Ini soal nyawa kita cuba selamatkan pelajar maahad tahfiz dalam pelbagai bentuk penyelarasan kokurikulum dan standard piawaian pendidikan.

"Malang tidak berbau tetapi kita boleh elakkan (dengan) tentukan piawaian kenderaan sekolah tahfiz," katanya pada sidang media selepas Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama Timbalan Perdana Menteri di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Ismail Abdul Muttalib, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Polis Pahang, Datuk Rosli Abd Rahman. 

Mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang murka terhadap Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berikutan tindakan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat itu berucap dalam Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang, pada 24 Mei lalu, Ahmad Zahid mahu semua pihak terutama pemimpin parti politik bukan Islam sentiasa mematuhi dan menghormati titah baginda.

"Sultan selangor sudah banyak kali berkata demikian dan melarang masjid dijadikan ahli politik beragama Islam dan bukan Islam memberi syarahan atau ucapan politik di dalamnya.

"Saya setuju tindakan baginda... sebenarnya bukan sahaja Sultan Selangor murka terapi juga sultan yang lain juga murka. Saya harap kejadian ini tidak berulang lagi dan semua pihak patuh dengan titah baginda," katanya.

0 comments:

share2