Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 7, 2017

[TIOMAN] TEMUI BOT NELAYAN HILANG DI SEMPADAN DUNGUN


Temui bot nelayan hilang di sempadan Dungun


Seorang nelayan hilang di Pulau Tioman, di sini, selepas keluar memancing menaiki bot seorang diri sekitar jam 7 pagi, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhamad Faizal Mat Zin, 30, dipercayai memancing di kawasan Tanjung Atas, di sini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Nor, berkata, bapa mangsa telah keluar mencari anaknya di kawasan Tanjung Atas dengan bantuan penduduk kampung sekitar jam 3 petang tetapi gagal menjumpainya.

"Sekitar jam 6.10 petang orang kampung berjaya menjumpai bot yang dinaiki mangsa di hujung perairan Pulau Tioman di sempadan Dungun tetapi mangsa tiada.

"Operasi mencari sedang giat dilakukan melibatkan pasukan Maritim Malaysia, polis, Angkatan Pertahan Awam (APM), Jabatan Laut dan orang awam," katanya.


0 comments:

share2