Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 6, 2017

BANTU CARI IBU KANDUNG QHALISHA


Bantu cari ibu kandung Qhalisha


Segamat – Sepasang suami isteri di Kampung Jawa, di sini, memohon bantuan orang ramai mencari ibu kandung kepada kanak-kanak yang dijaga mereka bagi menyelesaikan proses permohonan pengambilan anak angkat.

Zulkifli Yusof, 37, berkata, anak angkatnya, Nur Qhalisha Adhwa, 4, dijaga sejak berumur empat hari lagi setelah diserahkan ibunya seorang warga Indonesia, Syafrina Ledisumsi.

Katanya, dia dan isteri ambil Nur Qhalisha di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar pada 8 Oktober 2013 dan telah membuat surat sumpah ibu bapa angkat di hadapan pesuruhjaya sumpah di Muar.

“Kami jaga Qhalisha macam anak kandung sendiri. Tak ada beza dia dengan anak yang lain. Lepas kami ambilnya sebagai anak angkat, ibu kandung Qhalisha terus hilang tanpa dapat dikesan,” katanya kepada Sinar Harian.

Zulkifli berkata, apa yang menjadi masalah kini, mereka perlu mendaftarkan Nur Qhalisha sebagai anak angkat yang sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, borang permohonan anak angkat tidak dapat diproses kerana mereka dikehendaki mencari ibu kandung Nur Qhalisha untuk melengkapkan beberapa dokumen berkaitan.

“Kami sekarang buntu, tak tahu mana nak cari ibu kandung anak kami ini. Mulanya kami ingat surat sumpah itu dah cukup tunjukkan Qhalisha anak angkat kami yang sah.

“Proses urusan anak angkat ini sangat penting untuk masa depan Qhalisha terutama dari segi pendidikan yang hanya boleh diselesaikan ibu kandungnya sendiri,” katanya.


0 comments:

share2