Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 7, 2017

[RAUB[ MONYET LIAR DI STOR HOSPITAL DITANGKAP


Bomba


Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, menangkap seekor monyet jantan liar di stor peralatan wad kecemasan Hospital Raub dekat sini, semalam.

Ketua Balai Bomba Raub, Khairul Anuar Yaacob berkata, monyet itu dipercayai datang dari kawasan hutan di belakang hospital itu dan kehadirannya disedari kakitangan hospital pada pukul 9.10 pagi.

"Monyet itu kelihatan agak keletihan, namun masih berusaha melepaskan diri semasa cuba ditangkap.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira empat minit untuk menangkapnya secara manual kerana kita tidak mahu menggunakan penjerut yang berkemungkinan mencederakan monyet itu," katanya semasa dihubungi di sini, semalam. 

Khairul Anuar menambah pihaknya mengunci stor berkenaan bagi mengelakkan monyet itu daripada terlepas dan secara perlahan-lahan mengepung kawasan terlibat bagi mengecilkan ruang monyet itu bergerak. 

Beliau menambah enam anggota bomba terlibat dalam operasi menangkap monyet itu, yang kemudiannya dilepaskan di kawasan hutan yang agak jauh dari kawasan perumahan.


0 comments:

share2