Bundle dan vintaj memang sinonim. Ada sikit beza dalam terma bahasa. Namun secara amalan: Bundle bererti pakaian terpakai dan vintaj bererti usia keluaran produk yang sudah melangkau 25 tahun. Bundle dan vintaj pula lateralnya mewakili genre fesyen.
Bayangkan anda menemui baju pengakap yang pernah digayakan oleh John Lennon atau kasut Red Wing yang digayakan Eric Clapton. Istimewa lagi kalau dapat denim Levis yang digayakan P. Ramlee dalam filem Panggilan Pulau.
JOHN LENNON
Bagi peminat bundle, mendapatkan koleksi barangan idaman jenama Levis, Lee, Big Mac, Rockmount dan Polo tentunya mimpi yang dinantikan detik realitinya.
Manakala kalau ada rezeki, mendapatkan kasut keluaran Amerika Syarikat yang sudah tidak lagi dikeluarkan tentunya satu bonus. Hampir 99 peratus jenama hebat yang dulunya keluaran Made In USA kini dihasilkan pada kualiti lebih rendah apabila dilesenkan ke Amerika Latin dan Indochina.
Peminat vintaj tulen pasti mahukan jenama Converse dan Nike dengan tag Made In USA.
Di mana kita hendak memburu produk bundle?
Syurganya di Jalan Raja Bot, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Itu pun hanya terhad dua kali seminggu pada tiap Jumaat dan Sabtu malam.
Puluhan peniaga bundle dari seluruh negara akan muncul dengan menawarkan koleksi masing-masing. Bundle ekor (murah) bermula dengan harga serendah RM10 dan bundle kepala (koleksi) boleh mencecah nilai RM500 ke RM2 ribu.
Dari jeans ke khakis atau kemeja dan t-shirt, malah sampai koleksi kasut dipasarkan secara lambak dalam mood jualan jalanan yang sempoi dan kasual. Suasana meriah pelbagai produk menjadikan lokasi jalanan berbentuk ladam kuda di laluan ini sebagai pelengkap gaya hidup peminat bundle untuk menjual dan membeli barangan yang dicari.
Tempat ini tersembunyi. Tapi peminat bundle tegar dan vintaj tahu kewujudannya sejak tiga tahun lalu. Ia legasi real dan urusniaganya diiktiraf.
Bagi peminat bundle yang memburu barangan rare lagi vintaj, kunjungi Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur setiap Jumaat dan Sabtu malam. Pesta bundle bermula 9.00 malam hingga 4.00 pagi.
0 comments:
Post a Comment