Pontian - Biarpun sudah memasuki hari ketiga hilang di laut, namun bagi ibu nelayan Mohd Syami Hasing, 16, dia tetap percaya anaknya selamat.
Rosnah Laibah, 61, berkata dia tidak pernah berhenti berdoa selepas menerima perkhabaran mengenai kehilangan Mohd Syami pada petang Jumaat lalu.
“Sebagai ibu, saya tidak pernah berhenti berharap dan berdoa. Saya harap sangat dapat berjumpa dengan Mohd Syami samada dalam keadaan selamat atau sebaliknya,”katanya.
Katanya, Mohd Syami merupakan anak bungsu dari lapan beradik dan tinggal bersama abang sepupupnya berkerja sebagai nelayan di Pontian.
“Saya pula tinggal di Endau Mersing bersama anak-anaknya yang lain. Dia (Mohd Syami) memang tidak bersekolah.
“Buat masa sekarang Mohd Syami tinggal bersama abang sepupunya di Pontian,” katanya.
Katanya, dia masih lagi terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu.
“Saya bergegas ke Pontian, malam kelmarin untuk mengetahui kejadian sebenar yang menimpa Mohd Syami.
“Sehingga kini masih belum ada perkhabaran meskipun gerakan dan mencari menyelamat sudah dilakukan,” katanya dengan nada sedih.
0 comments:
Post a Comment