Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 9, 2017

SKUAD NEGARA JUMPA KOREA UTARA DI PYONGYANG


fam


Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan bahawa Malaysia akan menentang Korea Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang pada 8 Jun.

Keputusan itu dicapai berikutan pengesahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa tidak ada sekatan perjalanan dikenakan kerajaan.

Pasukan Malaysia pada mulanya dijadual bermain menentang Korea Utara di Stadium Kim Il-sung di Pyongyang pada 28 Mac tetapi kerajaan melarang pasukan itu berlepas ke sana, atas sebab-sebab keselamatan.

Pada 6 Mac, FAM diberitahu oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai keputusan kerajaan melarang pasukan kebangsaan daripada bermain di Pyongyang berikutan pengusiran duta besar Korea Utara ke Malaysia.

FAM telah meminta supaya venue berkecuali dipilih setelah berlaku ketegangan antara Kuala Lumpur dan Pyongyang ekoran pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari.


0 comments:

share2