Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 17, 2017

[ROMPIN] JANGAN TERPEDAYA IKLAN AH LONG


Jangan terpedaya iklan ah long


Polis menggesa orang awam tidak terpengaruh dengan pinjaman wang berlesen seperti tertera pada iklan atau gegantung haram yang terdapat di daerah ini terutama di kawasan perumahan dan kampung.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor, berkata perkhidmatan ah long itu sebenarnya tidak berlesen selain pemilik nombor tertera menjalankan operasi di luar daerah ini.

"Berdasarkan siasatan, nombor telefon yang tertera mempunyai pemilik namun mereka tidak menjalan beroperasi di daerah Rompin sebaliknya di bandar berhampiran seperti di Kuantan dan Mersing, Johor.

“Setakat ini kita belum menerima apa-apa laporan daripada orang awam yang menjadi mangsa namun aduan pemasangannya ada diterima. Kegiatan ini juga ada dilakukan melalui saluran lain seperti media sosial, jadi jangan mudah terpengaruh atau terpedaya,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Ops Vulture ‘Turunkan Banner’ dengan kerjasama Majlis Daerah Rompin (MDR) di sekitar Bandar Kuala Rompin dan kawasan Tanjung Gemok, di sini.

Operasi selama tiga jam bermula 9 pagi yang melibatkan dua pegawai dan enam anggota polis serta 10 anggota MDR itu menurunkan 91 gegantung haram.

Azli berkata, kesemua gegantung haram yang diturunkan itu diserahkan kepada pihak MDR bagi tujuan pelupusan.

“Orang awam boleh melaporkan kegiatan menggantung atau menampal iklan haram kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya mereka melakukannya tanpa kebenaran atau lesen,” katanya.


0 comments:

share2