Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 26, 2017

[ROMPIN] DITAHAN KETIKA 'MENJERUT' DI TAMAN LAUT


Ditahan ketika 'menjerut' di taman laut


Dua bot nelayan yang sedang menjalankan aktiviti pukat jerut di perairan Pulau Tioman ditahan sekitar jam 1.10 pagi, semalam oleh sepasukan anggota Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Pahang yang melakukan rondaan.

Kapal itu melakukan aktiviti pukat jerut masing-masing pada kedudukan 1.1 dan 1.0 batu nautika dari Tanjung Salang, Pulau Tioman iaitu dalam kawasan taman laut yang merupakan kawasan larangan.

Pengarahnya, Mohd Fazli Long, berkata, sepasukan anggota telah keluar membuat rondaan pada jam 12.10 tengah malam menaiki bot peronda PTL17 dan ketika melalui lokasi, mereka telah melihat dua buah vesel yang mencurigakan.

"Mereka telah menghampiri kedua vesel berkenaan dan mengambil kedudukannya serta mengarahkan tekong menaikkan pukat.

"Mereka seterusnya meminta supaya tekong memberhentikan vesel. Hasil pemeriksaan mendapati kedua vesel masing-masing terdiri daripada 10 dan 12 nelayan termasuk tekong yang kesemuanya warganegara serta berusia lingkungan 29 hingga 68 tahun," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Fazli berkata, pihaknya telah merampas kedua vesel berkenaan bersama ikan pelbagai jenis berjumlah lebih 1 tan dan empat set lengkap pukat jerut.

"Vesel dan kesemua nelayan yabg ditahan telah dibawa ke Pusat Taman Laut Pulau Tioman sebelum diiring ke Pengkalan Hadapan Tanjung Gemok dan diserah kepada pegawai penyiasat JTLM Negeri Pahang untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut seksyen 43 (1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di kawasan larangan taman laut dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen.


0 comments:

share2