Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 13, 2017

[RAUB] PENIAGA RESTORAN HADAPI TUDUHAN MEMBUNUH


Peniaga restoran hadapi tuduhan membunuh


Seorang peniaga restoran dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, pagi tadi atas tuduhan membunuh seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) bulan lalu.

Tertuduh, Tan Kieng Chow, 55 dituduh melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi yang masih bebas antara kira-kira jam 7.50 malam pada 29 April hingga jam 8.30 malam pada tarikh yang sama di rumah no 78, Taman KSM, Sungai Ruan, Raub.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berkenaan dengan niat bersama melakukan kesalahan membunuh hingga menyebabkan kematian ke atas Chin Yook Sin,45

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh itu yang dihadapkan ke mahkamah bagi kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukum gantung hingga mati.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna oren dan tidak diwakili peguam mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan dibacakan oleh pegawai mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran Majistret Mohd Ibrahim Muhamad Ghulam menetapkan 9 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan dokumen berkaitan.

Pada 4 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki tidak siuman maut selepas dipukul oleh tertuduh dan seorang lagi yang masih bebas.

Mangsa telah dipukul dengan menggunakan batang besi yang menyebabkannya meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raub.


0 comments:

share2