Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 24, 2017

PENGEBOM MANCHESTER BEKAS PENUNTUT UNIVERSITI


Pengebom Manchester bekas penuntut universiti


Manchester - Salman Abedi yang dikenalpasti sebagai pengebom berani mati pada konsert pop yang menyebabkan 22 maut adalah bekas pelajar bidang perniagaan sebuah universiti, lapor AFP.

Salman yang dilahirkan dalam keluarga Islam keturunan Libya di bandar ketiga terbesar di Britain itu dilaporkan kerap menunaikan solat di sebuah masjid di pinggir bandar di mana bapanya adalah bilal yang bertanggungjawab melaungkan azan.

Salman dikatakan telah menyertai kumpulan radikal Islam sejak beberapa tahun lalu.

Memetik sumber kepada Press Association, Salman menuntut dalam bidang perniagaan dan pengurusan di Universiti Salford, Manchester pada tahun 2014, namun gagal menghabiskan pengajiannya selepas dua tahun.

Salman,22, dinamakan oleh polis dan Perdana Menteri Theresa Mei sehari selepas serangan maut, yang turut menyebabkan berpuluh-puluh cedera, pada konsert oleh bintang pop Amerika Ariana Grande.

"Pelaku itu adalah Salman Ramadan Abedi, yang dilahirkan dan dibesarkan di Britain," kata May, mengutuk tindakan itu sebagai "tidak berhati perut dan pengecut".

Menurut akhbar The Daily Telegraph, keluarga Salman telah tinggal di kawasan Fallowfield di Manchester selatan sekurang-kurangnya 10 tahun,

Polis berkata, mereka sedang mencari untuk menentukan sama ada Salman melakukan secara sendirian atau bertindak sebagai sebahagian daripada rangkaian yang lebih besar.

Memetik rakaman CCTV, The Times melaporkan Salman telah meletakkan peranti di dalam beg pakaian yang telah ditetapkan di atas tanah sebelum ia diletupkan.


0 comments:

share2