Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 1, 2017

[PEKAN] RUMAH KAYU MUSNAH DALAM KEBAKARAN


Rumah kayu musnah dalam kebakaran


Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Tanjung Medang, di sini petang kelmarin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Mohd Abuhad Othman berkata, kejadian pada kira-kira 6.50 petang itu mengakibatkan rumah kayu terbabit musnah 100 peratus.

Menurutnya, sebaik sahaja menerima panggilan daripada orang awam, enam anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 7 petang.

“Apabila sampai di lokasi, kita dapati api marak dan kebakaran melibatkan sebuah rumah kayu.

“Anggota menggunakan dua aliran saluran bantu mula air tangki pam jentera dan kebakaran berjaya dikawal setelah 30 minit kerja-kerja pemadaman dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.


0 comments:

share2