Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 1, 2017

[MARAN] KEM BENTUK JATI DIRI JAUHI GEJALA DADAH


Kem bentuk jati diri jauhi gejala dadah


Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Maran (AADK) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Maran mengadakan kem jati diri Shields terhadap para pelajar di Kompleks Rakan Muda Maran, baru-baru ini.

Ketua Pegawai AADK Daerah Maran, Adelina Abdul berkata, kem ini bertujuan membentuk jati diri pelajar yang berada di kawasan terdedah gejala penyalahgunaan dadah untuk dididik menghindari gejala tersebut.

"Sungguhpun masalah dadah itu berpunca daripada diri sendiri tetapi jika tidak dibendung ia akan memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

"Masalah dadah berkait rapat dengan masalah kesihatan dan keselamatan. Ia perlu dicegah dari akar umbi dan oleh kerana itulah AADK Maran memberi fokus kepada para pelajar bagi mencegah mereka daripada terlibat gejala dadah.

"Melalui program ini peserta akan dapat membantu diri sendiri menjauhi dadah seterusnya mampu menyalurkan maklumat bahaya dadah kepada rakan rakan lain," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Adelina berkata, diharapkan selepas tamat kem para peserta dapar meningkatkan penghargaan kepada diri serta meningkatkan keazaman dalam menolak apa sahaja pengaruh negatif terutama gejala dadah.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Penolong Pengarah AADK Negeri Pahang, Herlina Hamzah manakala para peserta terdiri dalam kalangan pelajar-pelajar terpilih Daerah Maran.

Selain ceramah, antara pengisian program adalah kembara ikhtiar hidup, kursus pengurusan jenazah, progran kerohanian dan kecergasan.


0 comments:

share2