Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 15, 2017

LUKIS SENDIRI KOTAK PARKIR

Lelaki lukis sendiri kotak parkir



ZHENJIANG - CHINA. Pemandu sering berdepan kesukaran mencari tempat letak kereta terutamanya di bandar-bandar, namun tidak bagi seorang pemandu ini yang menggunakan cara kreatif untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Seorang lelaki dari timur China menyelesaikan masalah parkir dengan idea menarik iaitu dengan melukis sendiri kotak parkir, lapor media tempatan.

Polis mendapati seorang lelaki di Jinhua, wilayah Zhenjiang melukis garisan kotak parkir dengan kapur pada Isnin, lapor Qianjiang Evening News.

Polis trafik tempatan menyedari garisan pelik berkenaan ketika melakukan rondaan.

Berbanding dengan garisan kotak parkir yang betul, garisan yang dilukis dengan kapur itu terlalu nipis dan tidak penuh, kata laporan itu.




Video pengawasan kemudian diperoleh menunjukkan sebuah van barang meletakkan kenderaan di tepi jalan pada Isnin dan kemudian kelihatan seorang lelaki yang memakai baju bewarna oren keluar dari van dan dilihat melukis sesuatu di jalan raya.

Van tersebut diparkir di tempat berkenaan selama empat hari, menurut laporan itu.

Lelaki itu berdepan kemungkinan didenda di antara 500 hingga 5,000 yuan (RM313 - RM3,139).




0 comments:

share2