Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 20, 2017

[KUANTAN] PELANCONGAN EKO TARIKAN UTAMA PELANCONGAN PAHANG



“Pelancongan Eko sangat sesuai untuk diketengahkan dalam industry pelancongan di Pahang memandangan negeri ini mempunyai banyak sumber semulajadi dan industry pertanian yang telah berjaya”.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Haji Sharif berkata pusat pengembangan akuakultur seperti pembenihan ikan di Bukit Tinggi dan Perloh boleh dibuka untuk pelancong-pelancong ke Pahang.

“Pahang juga mempunyai ladang nenas seluas lebih 1500 ekar di Muadzam yang mengeluarkan hasil berkuali untuk di eksport ke Jepun. Ladang strawberry, sayur organik  dan banyak ladang buah-buahan tempatan yang sangat sesuai untuk dijadikan pusat pelancongan. Kata beliau lagi.

Dato' Haji Shafik Fauzan mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin merasmikan pemeran pelancongan MATTA Fair di Kuantan dari 19hb hingga 21 mei ini.

Matta FAIR@ merupakan pameran dan eksposisi pelancongan paling utama di Malaysia yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan dalam dan luar negara selain memberi pendedahan serta peluang dalam sektor pelancongan kepada setiap penggiat industri pelancongan.
MATTA FAIR@ Pahang menyediakan56 tapak pameran yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan domestic dan antarabangsa sekaligus mempromosi kempen Tahun Melawat Pahang 2017.



0 comments:

share2