Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 12, 2017

KELANTAN MUNGKIN TINGGALKAN LIGA M


Annuar Musa


Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa membayangkan The Red Warriors tidak lagi mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Annuar dipetik menerusi laman sosialnya hari ini berkata, masa depan skuad pantai timur itu pasti terkubur sekiranya terus bertanding di bawah peraturan dan cara pengurusan bola sepak sekarang.

Menurutnya, nama Kelantan mungkin tidak wujud lagi memandangkan liga domestik itu hanya layak untuk pasukan yang kaya sahaja.

“Sekarang pasukan miskin sudah tiada tempat lagi dalam Liga Super. Sedih bila tengok kita miskin tak cukup duit, semua orang membiarkan kita terkapai-kapai dan terus dikenakan pelbagai tekanan.

“Lebih sedih apabila mengetahui ramai pemain cuba dilarikan. Biarpun sepatutnya pemain masih dalam kontrak tak boleh dihubungi atau ditawarkan (rundingan) pintu belakang tetapi ramai yang sudah dipancing,” katanya.

Pengerusi Konsortium Al-Hamra itu bagaimanapun memberitahu, walaupun berada dalam keadaan sukar namun beliau tetap gembira kerana Kelantan masih mampu beraksi dengan baik dalam liga pada musim ini.

“Gembira melihat TRW sentiasa istimewa walaupun dalam keadaan susah. Saya mendoakan yang terbaik jika masih ada peluang untuk pasukan negeri ini beraksi atas nama negerinya,” katanya lagi.


0 comments:

share2