Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 23, 2017

‘KAMI TAK TAHU, TAK ADA ARAHAN'


‘Kami tak tahu, tak ada arahan’


Sabak Bernam - Rata-rata peniaga kedai runcit dan Pasar Awam Sekinchan tidak meletakkan tanda harga khas merah jambu ke atas barangan harga terkawal, meskipun Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 dikuatkuasakan, semalam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, peniaga masih menjual 10 barangan yang disenaraikan dalam skim kawalan harga pada harga asal.

Seorang peniaga sayuran Pasar Awam Sekinchan, Ah Hean, 33, berkata, dia tidak mengetahui skim itu dilaksanakan lebih awal tahun ini kerana tidak mendapat apa-apa maklumat mengenainya.

“Biasanya kami dapat arahan jual harga ikut skim kawalan. Tapi sampai hari ini (petang semalam) kami tak diberitahu,” katanya kepada Sinar Harian.

Peniaga kedai runcit, Firdaus Abdul Mutalib, 23, berkata, KPDNKK tidak memberi apa-apa notis berhubung penguatkuasaan skim kawalan berkenaan.

“Saya masih jual ikut harga lama. Biasanya kami dapat arahan sehari atau dua hari awal, tapi sampai sekarang tak ada apa-apa arahan,” katanya.

Goh Teck Yam, 59, berkata, dia hanya mengetahui mengenai skim harga kawalan dinaikkan menerusi laporan akhbar.

“Kita pun tak tahu barang apa yang dikawal. Saya cuma ikut harga kawalan tiga barang saja sebab kita tak tahu laporan akhbar itu benar selagi tak dapat surat,” katanya.

Seorang pengguna, Sulaiman Awang, 58, berkata, pihak kerajaan seharusnya tegas dalam perkara itu dan menggesa pihak kementerian bertanggungjawab menjalankan siasatan berhubung dakwaan peniaga terbabit.

“Skim harga kawalan ini tertakluk di semua tempat. Bukan hanya tempat tertentu. nSekinchan juga tak terkecuali.

“Kita minta pihak berwajib kalau belum datang ke Sekinchan, jumpa peniaga di sini. Beri penerangan,” katanya.

Md Hisham Mansor, 60, berkata, harga lama yang digunakan peniaga tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan sudah umumkan penguatkuasaan harga kawalan lima hari sebelum Ramadan.

“Peniaga kena diberitahu. Bila harga lama dijual pembeli rugi,” katanya.


0 comments:

share2