Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 22, 2017

[JENGKA] KAF SASAR 1,000 AHLI


Kami Anak Felda


Mesyuarat Agung Tahunan Kami Anak Felda (Kaf) 2017 memberikan lebih tumpuan kepada peningkatan ekonomi generasi ke dua Felda terutama bagi meningkatkan pendapatan serta isu perumahan.

Pengerusi Kaf Cawangan Jengka, Mohamad Zamri Basri berkata, meski pun kebanyakan anak-anak Felda sudah berhijrah ke bandar namun kepentingan dan kebajikan mereka yang masih menetap dan mencari sumber pendapatan di sini, amat diutamakan.

Menurutnya, selain pendapatan, isu perumakan generasi kedua juga turut diberikan perhatian untuk diusulkan kepada yang berwajib.

"Kita difahamkan sekarang Felda akan tukar kaedah baru dan memberi keutamaan kepada generasi kedua.

"Justeru, Kaf menyeru anak-anak muda serta warga Felda dan peneroka generasi kedua untuk menyertai Kaf sekali gus mencapai matlamat kami untuk menyasarkan keahlian sekurang-kurangnya 1,000 orang pada tahun 2017," katanya ketika ditemui di Dewan Konvensyen Kolej Sentral Jengka, di sini, baru-baru ini.

Mohamad Zamri berkata, kehadiran hampir 200 orang perwakilan Kaf dalam Mesyuarat Agung tersebut membuktikan komitmen dan kerjasama unggul kalangan anak-anak peneroka dalam mendokong perjuangan Kaf untuk membantu Felda.

Menurutnya, Kaf Wilayah Jengka terdiri daripada 37 tanah rancangan di Wilayah Jengka.

"Setiap rancangan diwakili antara lima hingga 10 orang perwakilan bagi mesyuarat yang julung kali diadakan pada tahun ini," katanya

Mesyuarat dirasmikan oleh Ketua Peneroka Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar yang mewakili Ahli Parlimen Kuala Krau, Dato' Sri Ismail Mohamed Said.

Hadir sama, Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Shaharuddin Abd Rahman dan Pengawai Tadbir Felda Wilayah Jengka, Semsassom Abdullah.


0 comments:

share2