Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 15, 2017

[GAMBANG] PROGRAM SISWA MASUK KAMPUNG BERMULA



14 Mei 2017 - Bagi memupuk sikap kepemimpinan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa, Kelab Mahasiswa Paya Besar menganjurkan program Siswa Masuk Kampung yang melibatkan mahasiswa-mahasiswa seluruh Malaysia.

Bertempat di Universiti Malaysia Pahang, program yang melibatkan seramai lebih kurang 80 orang mahasiswa dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Selangor Malaysia, Universiti Malaysia Pahang dan Politeknik Shah Alam mengetengahkan aspek bimbingan, nilai keperihatinan dan gaya hidup yang sihat kepada komuniti. Dengan tema ‘Volunteers Generation’, program ini menggabungkan konsep aktiviti dan latihan bertujuan memberi pendedahan kepada sukarelawan tentang tanggangjawab mahasiswa kepada masyarakat.

Selain daripada itu, sukarelawan berpengalaman En Muhammad Khairul Amir bin Fadzalih, dari IM4U telah berkongsi pengalaman dan tunjuk ajar dalam bidang kesukarelawan serta menyuntik semangat kesukarelawan dikalangan mahasiswa.

Program Siswa Masuk Kampung ini adalah salah satu program sukarelawan mahasiswa bersama komuniti tempatan yang menyentuh aspek kebajikan, pendidikan, keagamaan dan perpaduan, kesukanan dan kebudayaan, alam sekitar, inovasi dan kesihatan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti ceramah motivasi, sukan rakyat, gotong royong, pemeriksaan kesihatan, ziarah kasih dan banyak lagi.

Program kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran En Mohd Shahar Abdullah, Ketua Pemuda Negeri Pahang bersama masyarakat tempatan untuk gotong royong membersih dan menghias Tadika Perpaduan Taman Rakyat Gambang.

Shahar dalam ucapannya berkata: “Siswa Masuk Kampung merupakan sebuah platform kepada anak-anak muda dikalangan mahasiswa untuk turun mendekati dan menjiwai struktur masyarakat tempatan. Mereka perlu bersiap sedia kerana apabila mereka bergelar graduan kelak, mereka tahu bagaimana hidup bermasyarakat dan menyumbang kepada pembangunan Negara melalui pemerkasaan sturukur masyarakat.”

Program Siswa Masuk Kampung ini dijangka akan meluaskan aktiviti-aktiviti kesukarelawan di negeri-negeri lain seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurut salah seorang sukarelawan merangkap ketua projek pada kali ini, Mohammad Ridwan bin Satrial pelajar dari Universiti Malaysia Pahang, “program ini sangat menarik kerana pada masa kini mahasiswa tidak boleh duduk di universiti sahaja tetapi perlu berkhidmat untuk masyarakat. Sukarelawan adalah aktiviti yang dibuat secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan”.


Marlini Mohamad Mahya
(Yayasan Makmur)




0 comments:

share2