Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 20, 2017

ANAK KAMBING BERMATA SATU JADI TUMPUAN


Anak kambing bermata satu jadi tumpuan


Assam - Seekor anak kambing bermata satu di Assam India menjadi tumpuan penduduk kampung yang berpusu-pusu mahu melihat ia dengan lebih dekat.

Doktor haiwan meramalkan anak kambing yang turut hanya mempunyai satu telinga itu akan mati dalam beberapa hari selepas dilahirkan, namun masih hidup sejak seminggu lalu.

Pemilik kambing, Mukhuri Das berkata, dia terkejut dan ia satu keajaiban. Orang ramai tidak henti-henti datang ke rumah untuk melihat anak kambing itu.

"Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga anak kambing ini. Saya memberi dia makan seperti kambing biasa," katanya.

Mukhuri berkata, dia percaya kelahiran anak kambing itu akan membawa tuah kepadanya.

"Ramai yang datang ke rumah dan kami sangat gembira kerana ia membuatkan kami terkenal," katanya dipetik Metro.uk


0 comments:

share2