Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 20, 2017

TN50: HAK KESAMARATAAN ANTARA ISU DIBANGKIT

Khairy Jamaluddin

Kuala Lumpur - Perpaduan, hak kesamarataan dan konsep bangsa Malaysia adalah antara aspirasi dibangkitkan belia India menerusi sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang berlangsung kira-kira tiga jam malam tadi.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, sesi dialog tersebut juga mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan peserta paling ramai.

"Sesi dialog malam ini disertai lebih 800 peserta dan diikuti lebih 40,000 pengikut (Facebook). Itu mendapat sambutan luar biasa. KUALA LUMPUR - Perpaduan, hak kesamarataan dan konsep bangsa Malaysia adalah antara aspirasi dibangkitkan belia India menerusi sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang berlangsung kira-kira tiga jam malam tadi.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, sesi dialog tersebut juga mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan peserta paling ramai.

"Sesi dialog malam ini disertai lebih 800 peserta dan diikuti lebih 40,000 pengikut (Facebook). Itu mendapat sambutan luar biasa. 

"Antara aspirasi dibangkitkan ialah soal peluang yang sama rata, perpaduan, konsep identiti bangsa Malaysia dan pembangunan negara yang mapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama belia India di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata, dialog tersebut memberi peluang untuk kerajaan mendengar pandangan rakyat di peringkat akar umbi bagi melaksanakan TN50 yang berasaskan kehendak rakyat.

"Mereka (peserta) menyatakan hasrat untuk kerajaan membuat perubahan dalam dasar dan cara yang digunakan pada masa sekarang supaya kelemahan ini dapat diatasi dalam perjalanan ke arah 2050. Dalam sesi kali ini, masyarakat India juga mahu kerajaan mewujudkan satu dasar kesamarataan dalam semua peluang yang disediakan untuk kemudahan masyarakat.

"Walaupun kita mahu kekalkan identiti kaum masing-masing seperti bahasa, agama dan budaya, pada masa yang sama kita juga mahu wujudkan satu aspirasi untuk membangunkan bangsa Malaysia," katanya. 

0 comments:

share2