Kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang melakukan pemantauan dan tinjauan ke lokasi kejadian pekerja Sabah yang cedera diserang binatang didakwa harimau berhampiran Sungai Rasau, Gebeng di sini, semalam.
Timbalan pengarahnya, Mohd Zaidie Mohamad Zin berkata, pihaknya sedang mengesan kesan tapak kaki, najis atau sebarang petunjuk kehadiran haiwan itu di kawasan tersebut.
Menurutnya, hasil pantauan pagi semalam, pihaknya gagal mengesan sebarang jejak kecuali kesan tapak kaki anjing.
"Pemantauan akan terus dilakukan bagi mengesan kehadiran harimau itu sama ada ia wujud atau kemungkinan melibatkan haiwan liar lain,” katanya.
Kelmarin, seorang pekerja tapak lombong bauksit warga Indonesia, Fridio Gelija, 28, mendakwa dia diserang seekor harimau hingga cedera selepas selesai membuang air besar berhampiran Sungai Rasau di sini.
Mangsa yang ketika itu sedang melakukan rondaan di hutan berhampiran kawasan perindustrian Gebeng, mengalami kecederaan dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
0 comments:
Post a Comment