Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 8, 2017

[PEKAN] MANGSA LEMAS SUNGAI PAHANG DITEMUI

Lemas



Mayat seorang lelaki yang bertindak terjun ke dalam Sungai Pahang selepas terkejut dengan kehadiran pihak polis, Isnin lepas, ditemui di sungai berhampiran tanah perkuburan Kampung Ketapang, di sini, malam tadi.

Mayat Ahmad Shaifullah Abdul Rahman, 33, ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadi pada 11.30 malam oleh adiknya, Ahmad Jauhari, 25, yang melakukan pencarian bersama tiga lagi rakannya dengan menaiki dua buah bot.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, adiknya menemui mayat abangnya dalam keadaan terapung di sungai berkenaan dengan jarak kira-kira 50 meter dari tebing sungai.

"Adik mangsa dan rakannya kemudian bergegas mengangkat mayat berkenaan dan mengesahkan ia adalah abangnya yang dilaporkan hilang selepas membuat pengecaman.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pekan bagi bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati lemas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

"Tiada kesan unsur jenayah ditemui pada tubuh mangsa dan jenazah telah pun dituntut oleh ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mangsa yang ketika itu sedang memancing bersama rakannya di tebing Sungai Pahang berhampiran Kampung Pulau Enjin dilaporkan telah terjun ke sungai berkenaan setelah terkejut dengan kehadiran polis yang melakukan rondaan di kawasan itu.

Mereka kemudian dilaporkan berenang kira-kira 200 meter ke tengah sungai, sebelum mangsa dilaporkan lemas manakala rakannya berjaya berenang ke tebing. 




0 comments:

share2