Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 24, 2017

ISU PUKUL: MADRASAH TIDAK BERDAFTAR BAWAH KPM


s


Shah Alam - Kementerian Pendidikan mengesahkan mad-rasah tahfiz yang dikaitkan dengan kes pukul pelajar lelaki menggunakan getah paip tidak berdaftar di bawah kementerian itu.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bagaimanapun siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

“Madrasah itu bukan sekolah di bawah kementerian. Setakat ini, kami belum lagi menerima laporan penuh mengenainya.

“Apa pun siasatan penuh terhadap sekolah, guru dan pelajar perlu diambil jika benar apa yang dilaporkan itu,” katanya pada sidang media di Kejohanan HELP Charity Golf Tournament 2017, semalam.

Mahdzir berkata, sekiranya madrasah tersebut berdaftar di bawah kerajaan negeri, kementerian akan membantu untuk melihat tindakan yang perlu diambil terhadap kes tersebut.

“Saya yakin pelajar itu berada di sekolah agama swasta yang berkemungkinan ia didaftar di bawah kerajaan negeri ataupun sebaliknya.

“Disebabkan itu satu dasar sedang dirangka untuk pastikan semua sekolah tahfiz di negara ini tidak kira kecil atau besar perlu berdaftar di bawah kementerian. Ini penting bagi kita memantau perkara-perkara berkaitan keselamatan, kesihatan dan hal yang berkaitan pelajar,” katanya.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai penahanan 17 individu termasuk pelajar sekolah yang dipercayai terlibat dalam kegiatan kumpulan kongsi gelap Geng 24, beliau bagaimanapun menyerahkannya kepada pihak polis untuk menyelesaikannya.


0 comments:

share2