Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 5, 2017

[CAMERON HIGHLANDS] MB BERTEMU MASYARAKAT ASLI



YAB Menteri Besar Pahang meluangkan masa bertemu kira-kira seramai 40 orang komuniti Orang Asli dari Pos Terisu dalam satu program ramah mesra yang diadakan malam semalam (4.4.2017).

Dalam 'Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang Bersama Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Pos Terisu Cameron Highlands Di Balai Raya JKKKB Kuala Terla' itu, YAB Menteri Besar memberi ruang yang cukup untuk mendengar segala keluhan dan rungutan mereka tanpa sebarang protokol.

Tok Batin Ahmad Nanggung menyuarakan masalah jalan raya, bekalan air, talian telefon serta permohonan tanah yang masih belum diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Manakala En. Ismail pula menyatakan kebimbangannya mengenai masalah tanahnya yang digunakan atas nama individu lain yang mungkin memberi kesan buruk kepadanya selaku pemilik.

Norizan Amin dari Kampung Terisu membangkitkan masalah pampasan yang masih belum dibayar oleh pihak berkenaan terhadap pokok-pokok duriannya yang musnah ketika pencawang telefon dibina.

YAB Menteri Besar memandang serius keluhan dan perkara-perkara yang dibangkitkan dan berjanji akan menmyelesaikannya secepat mungkin.






0 comments:

share2