Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 5, 2017

SINAR ONLINE KEMBALI KE TANGGA NO 1

Sinar Online kembali ungguli tangga No 1



SHAH ALAM - Portal Sinar Online kembali menjadi laman berita nombor satu di Malaysia untuk bulan Februari 2017, berdasarkan statistik terbaru kategori berita dan maklumat dikeluarkan firma pengukur dunia digital, ComScore Inc.

Berdasarkan laporan itu, Sinar Online yang boleh dilayari menerusi www.sinarharian.com.my mencatat 3.6 juta pelayar unik (UV) untuk mobile dan desktop sepanjang bulan Februari.

Jumlah tersebut menjadikan portal Sinar Online berjaya mengatasi myMetro, BH Online, TheStar dan Malaysiakini.

Menurut laporan sama, hmetro.com.my menduduki tempat kedua dengan jumlah Pengunjung Unik seramai 3.4 juta pengunjung, manakala bharian.com.my meraih tempat ketiga bagi kategori sama dengan jumlah 2.9 juta Pengunjung Unik.

Turut tersenarai, thestar.com.my menduduki tempat keempat dengan jumlah Pengunjung Unik sebanyak 2.9 juta, manakala malaysiakini.com sebanyak 2.8 juta.

EditorSinar Online, Ruzy Adila Idris berkata, biarpun persaingan media digital semakin sengit, namun portal ini akan terus memastikan bahan yang disajikan adalah berita terkini dan benar.

"Bermula Mac ini, portal SinarTV segmen berita akan turut akan menjadi sebahagian segmen di Sinar Online bagi memenuhi keperluan bahan berita berbentuk video.

"Kami sentiasa berusaha memperbaiki mutu persembahan dan pelaporan berita bagi memastikan pembaca terus disajikan berita-berita yang benar dan cepat.

"Terima kasih kepada pembaca kerana terus memberi kepercayaan dan menjadikan Sinar Online pilihan No.1 anda," katanya.

Sehingga kini, pengikut laman Facebook Sinar Online berjumlah 3.2 juta likes, manakala Twitter pula, 285,000 jumlah pengikut dan Instagram seramai 80,000 pengikut.




0 comments:

share2