Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 20, 2014

’JANGAN HARAP DAPAT BELASAH KAMI'


‘Jangan harap dapat belasah kami’

Kuala Lumpur: “kami bukan pasukan belasahan! Itu reaksi pengendali Pulau Pinang, K Devan mengenai penampilan kali pertama skuad Harimau Kumbang di Piala Malaysia sejak enam tahun lalu. 

Walaupun mengakui undian kali ini dilihat tidak memihak kepada pasukannya namun Devan tidak rela ia dijadikan alasan untuk tidak mencuba dan beri tentangan sengit kepada lawan. 

Mampu bersaing 

“Saya tahu undian kali ini cukup sukar kerana tiga pasukan bersama kami adalah pasukan dari Liga Super. Secara kasarnya memang ada jurang antara lawan dengan kemampuan kami. 

“Untuk kali ini, kami tidak letakkan sasaran tertentu dan lebih penting adalah cuba beraksi dengan baik. 

“Ini pentas buat kami buktikan betapa Pulau Pinang juga mampu beri saingan kepada lawan yang lebih kuat,” katanya. 

Pulau Pinang diundi bersama juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), finalis musim lalu, Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Kumpulan C. 
“Kita cuba beri saingan dan itu yang lebih penting. Selain itu, pemain harus guna peluang ini untuk buktikan kemampuan mereka. Selebihnya, saya serah kepada pemain untuk buktikan kesungguhan mereka untuk beri tentangan kepada lawan,” katanya.

0 comments:

share2