Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 22, 2017

3 HARI TELAH DIKUBUR, BAYI AJAIB INI DITEMUI MASIH HIDUP




Seorang bayi lelaki di Afrika Selatan mengejutkan masyarakat dunia apabila ditemui masih lagi bernafas meskipun telah ditanam secara hidup-hidup oleh ibunya sendiri.

Bayi ‘luar biasa’ itu ditemukan oleh seorang pekerja kilang kayu, tempat ibunya bekerja di bandar Paddock, KwaZulu-Natal setelah berasa curiga mendengar tangisan seorang bayi.

Pekerja itu lantas betindak mencari arah tangisan bayi itu, sebelum menemui mangsa tersembunyi di bawah pasir dan kayu.

Sementara itu, seorang perempuan berusia 25 tahun yang bekerja di kilang sama mengakui kepada pihak polis bahawa dia adalah ibu bayi berkenaan.

Menurutnya, dia terpaksa mengubur anaknya kerana takut ibu bapanya akan memarahinya sekirinya mengetahui dia melahirkan anak lagi.

“Bayi lelaki ini adalah anak kedua perempuan itu. Sebelum ini dia telah memiliki anak perempuan yang kini berusia empat tahun.

“Dia merasakan ibu bapanya tidak akan setuju dia melahirkan anak lagi,” kata seorang pegawai polis tempatan, Gerald Mfeka.

Susulan itu, bayi tersebut kini dirawat di sebuah hospital berdekatan.

Sementara itu, tidak diketahui sama ada wanita itu akan dihukum penjara ataupun disatukan kembali pada bayinya.


0 comments:

share2