Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 9, 2017

SMA MARAN TERIMA SUMBANGAN


SMA Maran terima sumbangan RM10,000


Sekolah Menengah Agama Maran menerima sumbangan RM10,000 dari Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Universiti Malaysia Pahang, Selasa lalu.

Simbolik penyerahan cek disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri Ismail Abd Muttalib yang merupakan Ahli Parlimen Maran pada Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Kebakaran Sekolah Menengah Agama tersebut, baru-baru ini

Dalam pada itu, Ismail mengharapkan bantuan yang diberi dapat meringankan beban pihak sekolah serta membantu mencukupkan keperluan sekolah bagi menyediakan kemudahan baharu terhadap para pelajarnya serta 73 penghuni asrama yang terlibat kebakaran tersebut.

"Umum tahu, mangsa yang terlibat mengalami kerugian harta benda dan tinggal sehelai sepinggang. Banyak pihak tampil memberikan bantuan dengan cara masing-masing. Saya mendoakan semoga anak-anak tabah dan dapat jalani sesi pembelajaran seperti biasa dengan mengambil iktibar dan pengajaran atas apa yang telah berlaku," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, Februari lalu, sebuah bangunan asrama puteri yang menempatkan 73 pelajar perempuan dari Dorm A dan Dorm B sekolah agama tersebut, musnah terbakar sehingga menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.


0 comments:

share2