Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 31, 2017

RASUAH SULTAN JOHOR: TAN SRI DIREMAN LIMA HARI


Rasuah Sultan Johor: Tan Sri dibawa ke mahkamah


Shah Alam – Seorang individu bergelar Tan Sri direman lima hari susulan cubaan memberi rasuah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas dibawa ke Mahkamah Putrajaya pagi tadi.

Memetik laporan The Star, Tan Sri yang merupakan ahli perniagaan yang berpusat di Klang, Selangor ini ditahan reman berkaitan dakwaan cubaan merasuah RM2 juta kepada Sultan Johor.

Tan Sri berusia 54 tahun itu ditahan sehingga 4 April depan di bawah Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membolehkan siasatan dibuat ke atasnya.

Beliau yang tiba pada jam 9.30 pagi tadi diiringi pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dibawa ke hadapan Majistret Nik Tsfahanie Tasnim Wan Ab Rahman.

Berpakaian oren lokap SPRM, Tan Sri menutup wajahnya bagi mengelakkan dirakam itu diwakili peguam Datuk K Kumaraendran, JR Tey dan Datuk Joshua Kevin.

Terdahulu, media melaporkan beliau diberi tempoh sehingga 12 tengah malam semalam untuk menyerah diri kepada SPRM.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, jika individu terbabit gagal berbuat demikian, pihaknya akan menahan serta mendedahkan maklumat dirinya kepada media.


0 comments:

share2