Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 31, 2017

JOM SERTAI PERTANDINGAN TIDUR KEBANGSAAN


tidur


Tahukah anda, ada pertandingan tidur kebangsaan? Ia pertama kali dianjurkan di Sepanyol pada 2010 di dalam sebuah pusat beli belah di Madrid.

Pertandingan berkenaan dianjurkan National Association of Friends dengan tujuan menghidupkan semula tradisi tidur dalam masa yang singkat selepas waktu makan tengahari.

Setiap peserta perlu tidur selama 20 minit dan sepanjang waktu terbabit, nadi mereka akan dipantau.

Markah akan diberikan kepada peserta yang boleh tidur dalam masa yang singkat, dengan bahasa mudahnya letak sahaja kepala di atas bantal, terus tidur.

Selain itu kedudukan badan turut diberikan markah dan dengkuran paling kuat juga akan menambahkan markah.

Ia telah diadakan setiap tahun dengan pemenang menerima hadiah wang tunai kira-kira RM6,000.

Walaupun pertandingan itu dilihat sebagai sesuatu yang mudah namun bukan senang apatah lagi anda perlu tidur di depan khalayak ramai.

Ada yang malu-malu untuk mencubanya namun pertandingan ini berjaya menarik perhatian.


0 comments:

share2