Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 12, 2017

PENDUDUK GEMPAR OBJEK JATUH DARI LANGIT





Surabaya: Penduduk di sebuah kampung di sini gempar semalam selepas satu objek misteri berwarna hitam tiba-tiba jatuh dari langit dan menghempap sebuah kandang kambing.

Objek berbentuk silinder dan berwarna hitam itu ditemui menghempap sebuah kandang kambing di Desa Lombang, Semenep.

Seorang penduduk, Yudha Yanuar Bahtiar berkata, dia terdengar bunyi letupan kuat di udara pada jam 10 malam (waktu tempatan) sebelum ternampak satu objek berapi jatuh dari langit.

“Objek itu jatuh dan merosakkan sebahagian kandang kambing milik seorang penduduk.

“Kami percaya objek itu mungkin jatuh dari kapal terbang kerana kami melihat sebuah pesawat melintasi kawasan ini ketika kejadian,” katanya.

Menurutnya, penduduk tidak mengetahui objek misteri berkenaan yang berat dan dililit dengan tali hitam.

“Satu lagi objek misteri yang lebih kecil juga ditemui di kampung berhampiran dan saya percaya ia mungkin dari pesawat yang sama.

“Kami takut untuk mengalihkan objek ini kerana bimbang ia meletup dan menunggu kedatangan pihak berkuasa untuk menyiasat,” jelasnya. - Agensi



0 comments:

share2