Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 12, 2017

PADAH MELAWAN ARUS





Petaling Jaya: Lelaki berusia 35 tahun maut selepas motosikal ditunggang dipercayai melawan arus dilanggar kereta di Kilometer 3.3 Lebuhraya Sprint, di sini, 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari petugas pusat kawalan lebuhraya berkenaan yang memaklumkan kejadian.

Katanya, siasatan awal dilakukan anggota dilokasi mendapati kemalangan membabitkan motosikal dan dua kereta dari arah Kayu Ara, di sini, menghala Kuala Lumpur.

"Siasatan mendapati mangsa dipercayai menunggang motosikal secara melawan arus di lebuh raya terbabit sebelum berlanggar dengan kereta dipandu lelaki berusia 18 tahun yang dari arah bertentangan.

"Kejadian menyebabkan kereta terbabit berpusing dan dirempuh kereta yang berada di belakangnya.

"Mangsa disahkan maut dilokasi dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, manakala dua pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, siasatan lanjut berhubung kejadian dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




0 comments:

share2