Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 25, 2017

MARIO GOMEZ DIPILIH GANTI ONG KIM SWEE


TMJ


Bekas jurulatih skuad Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez menggantikan Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaysia.

Bagaimanapun, Kim Swee diberi tanggungjawab mengendalikan skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan penyingkiran jurulatih B-23, Frank Bernhardt daripada pelan pembangunan bola sepak di bawah presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail, pada sidang media pertama selepas berakhir Kongres ke-53 FAM di sini hari ini, berkata Gomez akan diberi kepercayaan dan kebebasan sepenuhnya dalam membentuk pasukan kebangsaan termasuk memilih pembantunya sendiri.

Namun, katanya, pemantauan rapi tetap akan dilakukan dan sekiranya tiada sebarang tanda peningkatan dalam tempoh yang ditetapkan, maka kedudukan Gomez itu akan digantikan dengan jurulatih lain.

Dalam pada itu, katanya, penyingkiran Bernhardt itu adalah disebabkan perbezaaan ideologi dan cara bekerja yang dibawa oleh pengendali kelahiran Jerman itu.

"Saya tidak boleh bekerja dengan beliau kerana kami mempunyai pandangan dan cara bekerja yang sangat berbeza," katanya.


0 comments:

share2