Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 26, 2017

[MARAN] USAHAWAN ECER SERTAI AKTIVITI PENDAKIAN


Usahawan Ecer sertai aktiviti pendakian


Ekspidisi Mendaki Bukit Kertau 'Let's Climb Kertau Hill" anjuran empower Ecer Maran dengan Kerjasama Persatuan Kebudayaan Kesenian dan Aktiviti Pelancongan Warisan Chenor mendapat penyertaan 30 peserta usahawan.

Penyelaras Program, Zainul Ariffin Khairuddin berkata, ekspedisi ini merupakan inisiatif pihak empower Ecer Maran dalam menjayakan program empower FIT selain untuk menyemai semangat cintakan alam semula jadi dan meneroka warisan alam serta bersejarah.

"Dalam pendakian, apa yang paling pentig adalah kerja sama dan semangat setiakawan. Justeru melaluinya, peserta dapat menjalin hubungan silaturahim, mempelajari ilmu serta pengalaman baru selain menyemai semangat berpasukan serta setiakawan.

Pada masa sama dapat menerapkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan para peserta.

"Bukit Kertau menyimpan beribu khazanah alam. Dalam aktiviti inj para peserta mempetoleh pengajaran agar hutan ini seharusnya dijaga serta dijadikan tempat pelancongan agar lebih ramai mengetahui mengenai khazanah istimewa ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebudayaan Kesenian dan Aktiviti Pelancongan Warisan Chenor, Tengku hasani Tengku Ahmad berkata, antara keistimewaan Bukit Kertau ialah sebagai pusat rujukan koordinat yang menyimpan banyak khazanah semulajadi seperti pokok hutan asli yang kaya dengan akar, daun dan pelbagai ubat dan ulaman serta semua jenis kayu di Malaysia.

"Nama Bukit Kertau atau 'Marlberry Hill' itu sendiri dulunya pusat pengeluaran sutera kerana daun pokok tersebut makanan ulat sutera. Selain itu kawasan ini juga merupakan kawasan paling tinggi untuk perpindahan sekiranya berlaku banjir besar," katanya.

Para peserta bertuah kerana turut mendekati tasik pelik di kaki bukit yang tidak pernah kering dan kedudukan tasik lebih tinggi dari aras Sungai Pahang walau hanya bersebelahan Sungai dan dipisahkan oleh sebatang jalan raya.


0 comments:

share2