Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 2, 2017

LELAKI BUTA BANTU ISTERI BERSALIN DI TEPI JALAN


Lelaki buta bantu isteri bersalin di tepi jalan


Tamil Nadu -  Walaupun cacat penglihatan, seorang lelaki berjaya membantu isterinya melahirkan bayi mereka di tepi jalan sementara menunggu bantuan tiba, lapor Tamil Nesan.

Pasangan yang berusia dalam 30-an sebelum itu pergi ke hospital tempatan di bandar berdekatan tempat tinggal mereka namun dinasihatkan oleh doktor untuk mendapatkan rawatan di hospital besar yang jaraknya agak jauh.

Pasangan itu bagaimanapun, tidak berbuat demikian pada hari yang sama sebaliknya bermalam di sebuah kuil kerana tidak mampu untuk menyewa hotel.

Ketika dalam perjalan ke hospital berkenaan pada keesokan harinya, wanita itu melahirkan bayi dengan hanya dibantu oleh suaminya yang buta.

Bayi lelaki dan ibunya dihantar ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan baik.


0 comments:

share2