Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 1, 2017

[KERATONG] FORMULA PENYELESAIAN PERUMAHAN FELDA GENERASI KE 2




Perumahan untuk generasi ke2 Felda dijangka dapat diselesaikan dengan cepat dengan pendekatan baru dengan pemberian tanah ukuran 5 ribu kaki persegi kepada mereka untuk dijadikan tapak rumah.

Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri dan Felda bersama agensi kerajaan lain membantu dari segi pembinaan infrastruktur

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran dan Pecah Tanah Tapak Perumahan Berperancangan Generasi Kedua di Felda Keratong 5.

Pengerusi  Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata menerusi program itu, Felda bekerjasama dengan kerajaan negeri menyediakan tapak rumah untuk peserta yang terpilih sebelum mereka yang terlibat membuat membuat pinjaman dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk pembinaan rumah.

"Usaha untuk mengatasi masalah rumah generasi kedua memang sentiasa diberi perhatian oleh pihak Felda, kepimpinan negara serta negeri, yang mencari jalan untuk membantu golongan berkenaan.” Kata Tan Sri Shahrir.

Pada majlis itu Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob menyifatkan tindakan 125 generasi kedua Felda Keratong 5 yang berusaha mendapatkan tapak tanah yang terletak di bawah Akta Kawasan Tanah Berkelompok (GSA) untuk pembinaan kediaman yang lebih selesa bagi mereka merupakan satu tindakan yang berani dan tepat.

"Seperti yang dilakukan oleh generasi kedua di Felda Keratong 5 ini, ia amat disokong dan kita sendiri mahu ia diperluas dan kita mahu pastikan bukan hanya 125 orang sahaja yang dapat lot rumah ini tetapi baki 90 peratus lagi generasi kedua yang lain," katanya.

Beliau berkata secara langsung melalui cara itu ia dapat memenuhi impian anak-anak peneroka untuk terus tinggal di tanah rancangan dengan kediaman yang lebih selesa bagi meneruskan legasi perjuangan ibu bapa mereka.


        

0 comments:

share2