Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 1, 2017

[BENTONG] APM AKAN BANTU RENJER JABATAN PERHUTANAN


APM Akan Bantu Renjer Jabatan Perhutanan


Angkatan Pertahanan Awam (APM) melancarkan Renjer Hutan APM bagi membantu renjer hutan daripada Jabatan Perhutanan melakukan penguatkuasaan serta pemantauan di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, Renjer APM akan memainkan peranan penting dalam membanteras aktiviti pencerobohan hutan yang terus berleluasa di seluruh negeri itu.

Menurutnya, tugas utama pasukan itu adalah membantu penguatkuasa Jabatan Perhutanan membanteras penerokaan hutan secara haram di seluruh negara selain mengawasi pendatang asing tanpa izin yang menceroboh kawasan hutan.

“Apm sebagai barisan ketiga setelah askar dan polis yg menjaga orang awam. Sekarang ini orang awam juga telah terancam dengan kehadiran ramai orang asing yang meneroka hutan. Saya dah bagitahu Jabatan hutan kita telah mensasarkan 10 ribu anggota dan kita akan mempertingkatkan lagi anggota.

"Pada masa ini terdapat 1,000 orang Renjer Hutan APM di Pahang sahaja dan kita mensasarkan setiap negeri juga akan mempunyai jumlah yang sama dalam waktu terdekat,"katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Renjer Hutan APM di Balairaya Janda Baik di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Azmy Yahya.

Shahidan berkata, penubuhan Renjer Hutan APM amat signifikan dalam menguatkuasakan undang-undang perhutanan dengan membantu mengatasi kekangan penguatkuasa Jabatan Perhutanan.

“Renjer Hutan APM akan ditempatkan di jalan-jalan masuk ke kawasan hutan bagi memastikan tiada aktiviti penerokaan haram dan sebagainya yang boleh memusnahkan hutan.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam usaha memperkasakan lagi APM pihaknya akan terus meningkatkan lagi bilangan keahlian APM di seluruh negara secara agresif.

“Pada tahun ini pihaknya mensasarkan keanggotaan APM di seluruh negara dapat ditingkatkan kepada satu juta ahli baharu berbanding 1.2 juta ahli yang direkodkan pada masa ini,” katanya.


0 comments:

share2