Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 24, 2017

KABINET LULUS RUU KESALAHN SEKSUAL KANAK-KANAK


Datuk Seri Azalina Othman Said


Shah Alam - Kabinet pada hari ini meluluskan cadangan Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Azalina Othman Said berkata, secara amnya Rang Undang-undang baharu ini memperuntukkan mengenai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak tertentu dan hukumannya sebagai tambahan kepada kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dalam perundangan sedia ada.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membuka jalan dan membentuk 'task force' bagi menangani isu jenayah seksual kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kataya lagi, Rang Undang-undang ini akan dibentang ke Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada minggu hadapan.

"Rang Undang-undang ini penting untuk menangani keseriusan kesalahan seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak di Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan lagi pelindungan bagi kanak-kanak daripada penjenayah seksual serta menjaga kebajikan kanak-kanak," katanya lagi.

Terdahulu Najib sebelum ini telah mengumumkan secara rasmi bahawa RUU tersebut akan dibentang pada sesi Dewan Rakyat kali ini.

Ujar Najib, ia sebagai tindakan kerajaan bagi menangani secara serius salah laku melibatkan eksploitasi dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang dilihat semakin meruncing ketika ini.

Menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 5,779 kes dicatatkan melibatkan penderaan seksual kanak-kanak bagi tempoh 2010 hingga 2015, dengan purata 963 kes setahun.

Manakala berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, dicatatkan 2,759 kes rogol, 412 kes sumbang mahram, 1,423 kes mencabul kehormatan dan 422 kes luar tabii, yang melibatkan mangsa di bawah umur 18 tahun dilaporkan sepanjang tempoh 2015 dan 2016.


0 comments:

share2