Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 9, 2017

HINA POLIS: TIAN CHUA DIDENDA RM3,000


Tian Chua


Petaling Jaya - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebentar tadi selepas didapati bersalah mengeluarkan perkataan kesat yang boleh mengaibkan seorang pegawai polis, tiga tahun lalu.

Hakim Yasmin Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguaan munasabah terhadap tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara tiga bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Naib Presiden PKR itu bagaimanapun membayar denda berkenaan

Mengikut pertuduhan, Tian Chua didakwa mengeluarkan perkataan kesat terhadap Deputi Supritendan (DSP) Glenn A Sinappah yang bertugas di Balai Polis Petaling Jaya, di pintu utama lobi Hotel Armada di sini pada jam 7.45 malam, 14 April 2014.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.


0 comments:

share2