Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 27, 2017

[BERA] TERIMA REPLIKA KAABAH, JAMRAH


Terima replika Kaabah, Jamrah


Penggunaan replika Kaabah dan Jamrah semasa kursus haji di Masjid Darul Fikri di sini banyak memberi manfaat kepada peserta untuk berhadapan dengan situasi sebenar ibadah itu.

Namun, replika yang terpaksa dipinjam setiap kali sesi kursus itu dijalankan, menyukarkan pihak penganjur yang perlu menunggu masa sesuai untuk meminjamnya daripada pihak berkaitan sama ada dari Temerloh atau Maran.

Penghulu kursus, Jang Nong Chik berkata, bagaimanapun mulai tahun depan, pihak penganjur boleh berlapang dada apabila Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan peruntukan bagi menyediakan kemudahan itu.

“Alhamdulillah...lepas ini kita akan ada replika Kaabah dan Jamrah sendiri, tak payah nak pinjam-pinjam lagi...kemudahan ini juga memudahkan peserta kursus buat latihan,” katanya.

Sebelum tu, Ismail Sabri merasmikan Majlis Perasmian Penutup Kursus Haji yang membabitkan lebih 400 peserta kursus di Masjid Darul Fikri, di sini.

Jang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkata, kursus haji yang diadakan setiap tahun selama 17 minggu itu mendedahkan kepada bakal haji mengenai ilmu-ilmu teori berkaitan persediaan haji serta umrah.

Katanya, mereka berpeluang melakukan amali ibadah haji termasuk memakai kain ihram, melontar jamrah, bertawaf mengelilingi Kaabah dan bersaie, selain didedahkan dengan amalan-amalan sunat ketika ihram dan perkara-perkara yang haram dilakukan ketika dalam ihram.

“Manfaat ini bukan saja untuk bakal haji tetapi mungkin dengan adanya replika itu juga, kita boleh buka peluang kepada kanak-kanak untuk pelajari berkaitan haji dan umrah, sebagai pendidikan awal kepada mereka,” katanya.


0 comments:

share2