Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 23, 2017

AYUH BUKTIKAN! LAPAN PEMAIN GALAS CABARAN NEGARA


Ayuh buktikan! lapan pemain galas cabaran negara


Pengarah Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S Maniam mengumumkan skuad negara yang akan beraksi di Kejohanan Skuasy Individu Asia kali ke-19 di Chennai, India bermula 26 hingga 28 April depan.

Bagi kategori lelaki, skuad negara dibarisi Mohd Nafiizwan Mohd Adnan, Ivan Yuen Chee Wern, Ng Eain Yow dan Mohd Addeen Idrakie Bahtiar.

Kategori wanita pula membariskan pemain remaja termasuk Rachel Mae Arnold, Aifa Azman, Andrea Lee Jia Qi dan Zoe Foo Yuk Han.

Aifa Azman menjadi pemain terbaru membarisi skuad negara selepas S Sivasangari menarik diri kerana terlibat dengan peperiksaan O Level.

Ratu skuash negara, Datuk Nicol Ann David juga tidak dapat turut serta dalam kejohanan kali ini kerana terlibat dengan Jelajah Dunia PSA.

Pemain senior, Low Wee Wern pula masih dibelenggu kecederaan ligamen lutut dan terpaksa berehat panjang untuk kembali pulih dan beraksi untuk negara.

Maniam berkata, tiada sasaran utama diletakkan untuk kejohanan ini. Sebaliknya, cukup untuk pemain berjaya mencapai ke tahap terbaik.

“Sasaran tertentu bagi saya tidak perlu. Tapi untuk kategori lelaki, kita berharap agar sekurang-kurangnya mereka berjaya menduduki podium memandangkan kita menghantar empat pemain terbaik negara di dalam kejohanan ini.

“Bagi kategori wanita, disebabkan barisan yang dihantar ialah pemain junior, jadi kita tidak meletakkan harapan tinggi.

“Jika mereka dapat sampai sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir sudah cukup baik.

“Lagi pun, kejohanan ini akan menjadi persediaan yang baik untuk pemain muda wanita kita menghadapi Kejohanan Skuasy Remaja Dunia WSF di New Zealand pada Julai 2017 nanti,” katanya yang turut mengesahkan skuad negara akan berlepas ke Chennai pada 23 April nanti.


0 comments:

share2