Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 14, 2017

TULAR MI AZAM TIDAK BENAR


Tular mi Azam tidak benar: Jakim


SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menjelaskan bahawa gambar tular di media sosial berkaitan produk mi jenama Azam adalah tidak benar.

Bahagian Hab Halal agensi tersebut menjelaskan, syarikat Mee Azam Tekad merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

"Untuk makluman, gambar kilang pemprosesan mi yang ditularkan tiada kaitan dengan cerita yang disertakan dan gambar tersebut adalah kilang mee hoon di luar negara serta tiada kaitan dengan syarikat tersebut.

"Manakala gambar tular yang memaparkan tindakan serbuan oleh penguatkuasa KPDNKK bersama agensi penguatkuasa halal negeri dan Jakim merupakan isu lama berkenaan penyalahgunaan logo halal yang telah selesai," jelasnya dalam satu Jakim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi makanan.

Orang ramai juga boleh mendapatkan informasi mengenai premis makanan yang mempunyai sijil halal di internet.

"Untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

"Manakala, bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular (viral) boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, Jakim," menurut kenyataan itu lagi.


0 comments:

share2