Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 11, 2017

[TEMERLOH] REMAJA LEPASAN SPM DIDAKWA ROMPAK, CABUL


Remaja lepasan SPM didakwa rompak, cabul


Seorang remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mengaku bersalah selepas dituduh merompak dan mencabul sehingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang wanita pada 3 Februari lalu.

Tertuduh berumur 18 tahun mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dibacakan di mahkamah majistret dan Mahkamah Sesyen Temerloh di sini, pagi semalam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan merompak melibatkan wang tunai RM150 sehingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang wanita berusia 22 tahun, pada 3 Februari lalu di sini, pada jam 8.30 pagi.

Bagi pertuduhan rompakan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun serta denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa dengan niat mencabul kehormatannya.

Sementara bagi pertuduhan mencabul kehormatan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun serta denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan di hadapan Majistret Najwa Hashim dan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat.

Mahkamah menetapkan 23 Mac depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh diikat jamin ibunya, sebanyak RM7,000.


0 comments:

share2