Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 21, 2017

PRESIDEN JMM DIPANGGIL JAINJ


Presiden JMM dipanggil Jainj


Johor Bahru - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah dipanggil memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj), semalam.

Beliau yang tiba sekitar jam 11.40 pagi dipanggil memberi keterangan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Johor 2003 di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jainj.

Azwanddin berkata, beliau dikehendaki hadir membantu siasatan berkaitan Akuan Bersumpah (SD) seorang lelaki yang digunapakai oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi kes penceraian berprofil tinggi melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebentar tadi, saya telah memberi kerjasama tentang semua perkara yang disoal dan saya telah bekerjasama dengan pihak penguat kuasa Jainj,” katanya kepada pemberita di sini.

Azwanddin berkata, empat saksi termasuk beliau akan dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah Syariah Johor Bahru dalam tempoh terdekat ini, bagi membicarakan kes berkenaan.

Katanya, beliau juga mahu Muhyiddin mengeluarkan kenyataan mohon maaf terbuka berikutan dakwaan mengatakan JMM dan beliau berbohong mengenai isu skandal seks berkenaan.

“Saya berpuas hati dengan tindakan dilakukan Jainj dan pihak jabatan juga sudah membuka fail untuk proses perbicaraan kes ini di mahkamah dengan membariskan empat saksi termasuk saya yang akan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

“Saya beri dia (Muhyiddin) tempoh tiga hari mulai esok untuk meminta maaf kepada saya kerana selama ini dia mengatakan saya berbohong, tetapi hari ini (dipanggil beri keterangan) dakwaan skandal seks ini terbukti bukan satu pembohongan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya tiada permohonan maaf secara terbuka dibuat, beliau tidak teragak-agak untuk memfailkan saman terhadap Muhyiddin.

Terdahulu, JMM menyerahkan dokumen dan satu laporan serta bukti berkaitan SD Stanley Augustin Clement mengenai penceraiannya dengan Nika Gee.


0 comments:

share2