Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 26, 2017

POLIS SAHKAN TIADA BOM DITEMUI DALAM KERETA


Polis sahkan tiada bom ditemui dalam kereta


Bota – Polis mengesahkan pihaknya tidak menemui bom dalam sebuah kenderaan jenis Mercedes seperti yang didakwa oleh seorang lelaki di simpang lampu isyarat Bota Kiri di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, suspek berusia 30-an itu bertindak meninggalkan kenderaan di tengah jalan sambil menjerit ‘ada bom’ sebelum disedari anggota polis yang bertugas pada perlumbaan Le Tour De Langkawi (LTDL).

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta rakannya namun, dia kemudiannya menyerah diri kepada polis kira-kira sejam kemudian.

“Pasukan Unit Pemusnah Bom Bukit Aman dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Pemeriksaan mendapati tiada menemui sebarang bom mahupun senjata, bahan kimia dan alat-alat merbahaya dalam kenderaan itu.

“Kita hanya menemui sebilah parang sahaja. Pemeriksaan lanjut masih dijalankan apabila nombor pendaftaran kenderaan juga tiada,” katanya.

Menurutnya, suspek yang mempunyai dua rekod jenayah dalam dadah dan curi kenderaan kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan ugutan jenayah.

“Kejadian ini menyebabkan kesesakan lalu lintas yang mana kesemua laluan ditutup bagi membolehkan siasatan dijalankan selain memastikan keselamatan orang awam,” katanya.


0 comments:

share2