Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 13, 2017

PAS TAK PERLU TUNGGU SAMPAI SEBULAN: ABDUL HADI


Abdul Hadi Awang


Kuala Lumpur - Pas tidak akan menunggu sehingga sebulan seperti tempoh diberikan Bersatu kepada parti Islam itu untuk menyertai Pakatan Harapan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebaliknya Pas sudah mempunyai keputusan iaitu tidak akan berkerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.

"Kita sudah buat keputusan. Semua parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah, kita tak ada hubungan dengan mereka.

"Tak perlu tunggu sebulan. Bila dia dah ada hubungan dengan DAP dan Amanah, habislah, tak adalah," katanya kepada media selepas Konvensyen Kebajikan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas, di sini, semalam.

Semalam, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Pas diberi tempoh sebulan untuk memutuskan sama ada mahu menyertai Pakatan Harapan atau tidak.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menafikan beliau enggan berjumpa dengan pemimpin Bersatu bagi membincangkan kerjasama kedua-dua parti seperti didakwa Mahathir.

"Saya pernah berjumpa (dengan pemimpin Bersatu) tapi dasar kita itu. Maknanya kalau ada hubungan dengan DAP dan Amanah, tak perlu bincang. Kita dah ada keputusan," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, Pas masih terbuka untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam isu-isu lain.

"Kita terbuka dengan semua kerjasama dalam isu-isu yang kita tiada masalah. Tetapi isu politik, kita ada masalah kerana DAP dan penyokongnya, dengan Amanah pun dah macam orang DAP.

"Mereka nyata menentang RUU 355, menentang pelaksanaan syariah, itu sempadan. Tak boleh langgar," katanya.

Mengulas mengenai hubungan Pas dengan PKR yang kini bekerjasama dengan DAP dan Amanah dalam Pakatan Harapan, beliau berkata, Pas akan membuat keputusan dalam muktamar parti itu, April ini.

"Hubungan dengan PKR pun kita akan buat keputusan, selewat-lewatnya semasa muktamar," katanya.


0 comments:

share2