Sumatera Barat - Pihak berkuasa Hutan di Kabupaten Solok, Provinsi Sumatera Barat menahan lima lelaki selepas didapati menjual kulit harimau untuk pasaran antarabangsa.
Memetik laporan BBC Indonesia, tangkapan itu hasil laporan orang ramai mengenai kegiatan penjualan ini terutama untuk Harimau Sumatera (Panthera Tigris Sumatrae) yang semakin pupus di Indonesia.
Hasil tangkapan menemui selembar kulit harimau, dua rangkaian tulang harimau serta beberapa haiwan lain.
Kulit harimau ini dijual sekitar 50 juta rupiah hingga 200 juta rupiah untuk kulit harimau yang lengkap.
Populasi Harimau Sumatera pada ketika ini hanya tinggal 600 ekor sahaja. Ia semakin pupus ditambah dengan aktiviti sebegini.
0 comments:
Post a Comment