Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 18, 2017

LIGA PERDANA: KUANTAN FA TEWASKAN MISC-MIFA


Kuantan FA menang 3-2 ke atas MISC-MIFA


Skuad Kuantan FA memastikan tiga mata menjadi milik mereka biarpun melakar kemenangan tipis 3-2 ke atas MISC-MIFA dalam aksi Liga Perdana 2017 di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.

Skuad kendalian Zulhamizan Zakaria melakar gol awal menerusi penyerang Abdul Malik Mat Arif pada m-2.

Malik menambahkan lagi derita lawan sebelum empat minit separuh babak pertama tamat dengan gol kedua rumah.

Bersambung babak kedua permainan, tandukan pemain pertahanan Khairul Azman Awang Long menewaskan penjaga gol lawan Zulfadhli Mohamed pada m-46 untuk melebarkan jurang antara lawan.

Namun lawan menghukum kealpaan pertahanan Kuantan dengan gol pertama MISC-MIFA oleh penyerang import Bodric Dimitri pada m'50.

Enam belas minit kemudian,tuan rumah sekali lagi tersentak dengan gol kedua hasil tandukan penyerang import Michael Chukwubunna Ijezie.

Kedudukan tidak berubah biarpun Kuantan memiliki banyak peluang tetapi penyudah tumpul menghalang hajat mereka menambahkan jaringan.

Tamat separuh babak kedua masih menyaksikan tiada sebarang perubahan dan empat minit masa tambahan berakhir dengan tiga mata menjadi milik tuan rumah sekaligus kemenangan kedua dalam saingan liga setakat ini.


0 comments:

share2